Showing posts with label cerekera. Show all posts
Showing posts with label cerekera. Show all posts

Saturday, May 3, 2008

x bpe nk lawak

Di suatu pagi yg menyinar..di warung kopi,terdapat seorang penduduk org asli yg ingin minum pagi di warung tersebut. apabila tuan warung ingin mengambil order..bertanyalah org asli ini.."berapa harga teh panas dan berapa pula harga teh sejuk"...jawab tuan warung.."teh panas RM0.70 ,teh sejuk RM 1.20..."..maka org asli tersebut meminta teh panas..

apabila teh panas telah sampai..cepat2 org asli tersebut meminumnya sampai habis....pelik tuan warung melihatnya....lalu beliau bertanya.."kenapa kamu minum terlalu cepat..tak rase panas ke..??"

jawab si org asli tersebut.."emm..mestilah kene minum cepat teh panas ni, kalau minum lambat nanti jadi teh sejuk, kene plak bayar Rm1.20..saya ada Rm 0.70 je.."..tuan warung pun tersengih...

Teka teki
Budak 1: "Pak cik saya nak beri satu teka teki kalau pak cik terror(bagus) teka ..hijau campur hijau jadi warna apa???" katanya...

Aku:secara sepontan bersuara.."Hijau" (dalam hati ingatkan warna cat le??)

Budak 1."Apa le Pak cik nie. jawabnya merah le"

Aku: "macamana le pulak nie" ..(kebinggungan..)

Budak 1:"Ya..le " duit warna hijau RM5 campur duit warna hijau RM5 jadi mesti le duit warna merah RM10..apa le pak cik nie tak tahu..


Balasan perempuan yang kerek

Ada sorang mamat tu masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat lapan sebuah bangunan.

Sampai tingkat satu, tetiba je masuk sorang awek cun lagi bergaya lalu menyembur perfume ke tubuhnya."Ini perfume mahal tau..jenama Beverly Hills, RM400 sebotol," katanya angkuh. Bengang giler mamat tu.

Sampai tingkat tiga, masuk lak sorang mak datin juga menyembur perfume ke tubuhnya. "Perfume Vecinza dari Itali, RM1000 sebotol tau," kat mak datin tu lagi angkuh berbanding awek cun tadi. Lagi lar menyampah giler mamat tu.

Sampai je tingkat lapan, pintu lif pun terbuka dan mamat tu sedia lar nak keluar dari lif. "Proootttt!!! Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan "gas aslinya" dalam lif tu.

"Telur rebus kedai mamak. Tak mahal, lima puluh sen sebiji jer..,"kata mamat tu selamba lalu berjalan meninggalkan kedua pompuan kerek yang mula termuntah dalam lif.

Suami kedekut

Suatu malam seorang isteri meminta wang belanja

tambahan dari suaminya seorang yang kedekut.

Lalu suaminya mengeluarkan wang RM 5000 dari poketnya

lalu berjalan ke arah cermin.


"Awak tengok wang yang di dalam cermin itu ?" sambil

menunjuk kedalam cermin...

"Awak ambil yang itu.. dan yang diluar cermin ini..

adalah wang saya!"


Malam berikutnya si suami terkejut ketika baru balik

dari pejabat dan

melihat ada satey kambing serta rendang di meja makan.

Lalu ia bertanya kepada isterinya,

"Mana awak dapat wang untuk beli semua ni?"


Isterinya tidak menjawab... dan terus menarik tangan

suaminya masuk kebilik.

Di dalam bilik.. suaminya mengulangi pertanyaannya..

lalu si isteri pun menanggalkan semua

pakaiannya dan berjalan ke depan cermin..


"Awak lihat tubuh yang di dalam cermin itu ?" sambil

menunjuk kedalam cermin...

"Itu adalah kepunyaanmu... dan yang diluar cermin ini

pula adalah kepunyaan penjual satey ini !"

Aku kan abang....

Suatu hari azman dan isterinya pulang dari kerja seperti biasa...
Tapi ada sesuatu yang luar biasa berlaku pada hari itu.
Cuaca panas menjadi lebih panas buat azman kerana tersekat didalam
trafic jame
Azman " Ish!, geram betul aku. Jalan tidak pernah sesesak ini, kenape
pula sesak hari ni"
Isteri " Sabarlah abang, mungkin kerja-kerja pembaikan jalan sedang
dijalankan, tak pun ada kemalangan ke".
Dengan perasaan marah Azman berkata " Sabar!, Sabar!,Sabar! , itu
ajelah yang awak tau".
Kenderaan dihadapan masih tidak bergerak. Malah orang ramai makin ramai
berkumpul.
Azman " Ini tak boleh jadi nie. Aku mesti buat sesuatu"
Azman keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke arah orang ramai dan
bertanya apa yang berlaku.
Ada accident la encik. kata sorg mat rempit.
Lalu Azman pun menjerit " Tepi, tepi. Aku abang dia!. Tepiiiii,Akuuuu
abanggggggg diaaaaaaaaaaaaa!
Orang ramai yang berkumpul mula bergerak memberi laluan sambil
berpandang sesama sendiri dengan penuh persoalan.
Dalam hati azman berbangga dan berkata "menjadi juga idea aku ni"
Tetapi apabila menghampiri kawasan berkenaan alangkah terkejutnya azman
matanya bulat bagai nak terkeluar apabila dia melihat keadaan adiknya
yang kemalangan itu...
............ .
............ ....
............ ......... ...
............ ......... ......... .
............ ......... ......... ........
Azman meratap sambil menutup muka dengan tapak tangannya
Dalam hati dia berkata Oh! malu semalu malunya aku kerana adikku seekor
babi !!!!!! !

muahahahhaa

Thursday, May 1, 2008

mcm lawak

lawak 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.

Lawak 2
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,"Ala... releks le, aku ni kan anjing laut."

Lawak 3
Seorang ator membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Lawak 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih."
Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

Lawak 5

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,"Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami."
"Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu... ."