Showing posts with label x lawak ke?. Show all posts
Showing posts with label x lawak ke?. Show all posts

Wednesday, March 24, 2010

tiru meniru

Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian.setiap kali ujian,Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.

ayah: saya tak percaya anak saya menru setiap kali ujian!

cikgu: betul encik.kami bukan tuduh begitu sahaja.

ayah: ape buktinya?

cikgu: nah,ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.

ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim.soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.

ayah: memanglah jawapan mereka sama.macam mana cikgu kata anak saya meniru?

cikgu: sabar encik.cuba encik lihat soalan kedua.

ayah Niam melihat soalan kedua: Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan?sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama:31 ogos 1957. Ayah Naim sekali lagi marah,tetapi ditenteramkan untuk terus membaca

Soalan ketiga: Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?

Azim menulis:maaf, saya tak tahu

Naim menulis: kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!

penjual telo

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"


Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan.Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.



cikgu terkena

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.

Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi saja? Petang dan malam, awak doakan saya tak selamatkah?

Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam, cikgu!

Cikgu: Panjang sangat tu! Tak pernah pun dibuat oleh orang lain! Katakan saja selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid-murid: Selamat sejahtera, cikgu!

Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu akan menguji kamu semua tentang perkataan berlawan. Apabila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab
dengan cepat lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid-murid: Faham, cikgu!

Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid-murid: (senyap)

Cikgu: Pandai!

Murid-murid: Bodoh!

Cikgu: Tinggi!

Murid-murid: Rendah!

Cikgu: Jauh!

Murid-murid: Dekat!

Cikgu: Keadilan!

Murid-murid: UMNO!

Cikgu: Salah!

Murid-murid: Betul!

Cikgu: Bodoh!

Murid-murid: Pandai!

Cikgu: Bukan!

Murid-murid: Ya!

Cikgu: Oh Tuhan!

Murid-murid: Oh Hamba!

Cikgu: Dengar sini!

Murid-murid: Dengar situ!

Cikgu: Diam!

Murid-murid: Bising!

Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid-murid: Ini adalah jawapan, pandai!

Cikgu: Mati aku!

Murid-murid: Hidup kami!

Cikgu: Rotan baru kamu tau!

Murid-murid: Akar lama tak tau!

Cikgu: Malas aku nak mengajar kamu semua!

Murid-murid: Rajin kami tak belajar cikgu!

Cikgu: Kamu gila!

Murid-murid: Kami siuman!

Cikgu: Cukup! Cukup!

Murid-murid: Kurang! Kurang!

Cikgu: Sudah! Sudah!

Murid-murid: Belum! Belum!

Cikgu: Mengapa kamu semua ini bodoh sangat?

Murid-murid: Sebab kami semua itu pandai sikit!

Cikgu: Oh! Melawan!

Murid-murid: Oh! Mengalah!

Cikgu: Kurang ajar!

Murid-murid: Cukup belajar!

Cikgu: Habis aku!

Murid-murid: Kekal kami!

Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid-murid: K.O. Pegajaran belum bermula!

Cikgu: Sudah, bodoh!

Murid-murid: Belum, pandai!

Cikgu: Berdiri!

Murid-murid: Duduk!

Cikgu: Saya kata UMNO salah!

Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu: Bangang kamu ni!

Murid-murid: Cerdik kami tu!

Cikgu: Rosak!

Murid-murid: Baik!

Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid-murid: Kami dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya
keluar.)

Sebentar kemudian, loceng pun
berdering. Murid-murid berasa lega
Kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah
keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana
telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi,
tetapi esok masih ada.Cikgu itu pasti akan datang
lagi....

hantuu

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.


Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.


Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat. Dalam keadaan yang agak gelap itu ,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.


Ali dan Abu bersuara "Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje".


Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: "Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni??"


Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!! Dia orang salah eja nama aku!"